PUTRAJAYA: Warga negara berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang
menghadapi perbicaraan mahkamah kini boleh mendapatkan khidmat bantuan
guaman percuma apabila Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK),
dilancarkan semalam.
Bantuan guaman itu termasuk pesalah
kanak-kanak, tertuduh Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
dan tertuduh bagi jenayah syariah yang sebelum ini disediakan Majlis
Peguam menerusi Pusat Bantuan Guaman.
PUTRAJAYA: Warga negara
berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang menghadapi perbicaraan
mahkamah kini boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma apabila
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), dilancarkan semalam.
Bantuan
guaman itu termasuk pesalah kanak-kanak, tertuduh Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan tertuduh bagi jenayah syariah yang
sebelum ini disediakan Majlis Peguam menerusi Pusat Bantuan Guaman.
Bagaimanapun, khidmat percuma itu tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata yayasan usaha sama kerajaan
dan Majlis Peguam berbentuk badan kebajikan itu sekali gus dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati sama rata
oleh semua rakyat Malaysia, seperti diperuntukkan Perlembagaan
Persekutuan.
“Menerusi YBGK, khidmat bantuan guaman dan khidmat
nasihat boleh diberi kepada semua warga negara sama ada berkemampuan
atau tidak bagi semua jenis kesalahan jenayah, pada peringkat tangkapan,
reman dan permohonan ikat jamin.
"(Bagaimanapun) ujian kemampuan
(membayar khidmat) hanya akan dijalankan untuk menentukan kelayakan
penerima bantuan guaman pada peringkat perbicaraan mahkamah saja.
"Ini
akan membantu golongan kurang mampu mendapatkan pembelaan kerana
kesamarataan keadilan adalah prasyarat kepada negara serta rakyat yang
maju dan berjaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran YBGK di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.
Perdana
Menteri juga tersentuh apabila dimaklumkan kira-kira 80 peratus orang
kena tuduh (OKT) dalam kes jenayah tidak mempunyai peguam untuk membela
kerana tidak mampu membayar yuran guaman tinggi.
YBGK mempunyai 12 anggota lembaga pengarah yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Perdana
Menteri berkata kerajaan memberi geran pelancaran RM5 juta kepada
yayasan sebagai tanda sokongan untuk membiayai operasinya.
Sementara
itu, BERNAMA melaporkan, sembilan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO)
dan 12 anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya
Pencegahan Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan mereka daripada
Najib di sini semalam.
Mereka termasuk bekas Pengurus Besar
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang
yang dilantik semula dan muka baru, penulis blog ''Outsyed The Box''
Syed Akbar Ali. Bagi PPPR, ada empat lagi muka baru iaitu Pengerusi
Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaaffar; Presiden Universiti Limkokwing Tan
Sri Dr Lim Kok Wing dan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia,
Datuk N Marimuthu, manakala dilantik semula ialah Ketua Pengarang
Kumpulan Star Publications (M) Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.
- BERITA HARIAN
---------------------------------------
ADILLA ZAINUDIN & CO
Advocates & Solicitors
Syarie Council
H/P : 012 4506763
Tel/Fax : 04-771 4366
Alamat :
Lot 4, Kompleks Pembangunan Ummah,
Perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350
Alor Setar
Facebook :https://www.facebook.com/AdillaZainudinCo